Friday, July 26, 2013

10 Amalan Terbalik [ Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman ]

Bismillahirrahmanirrahim. ~

Assalamualaikum ! :)


Jom kita muhasabah balik atau menilai kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati

bahawa sesetengah amalan kita terbalik atau bertentangan daripada apa yang dituntut oleh Islam.

Kadangkala kita sendiri tidak sedar ataupun terlalai kerana terikut-ikut budaya hidup orang lain. Nauzubillah.

Oleh yang demikian, mari kita perhatikan beberapa contoh amalan kita yang terbalik.



1.      Amalan kenduri arwah beberapa malam yg dilakukan oleh keluarga 'si mati' selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh & seterusnya) adalah terbalik daripada apa yg dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W di mana Rasulullah telah menganjurkan agar jiran tetangga membantu memasak makanan untuk keluarga 'si mati' demi meringankan kesusahan & kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan namun terpaksa pula menyediakan makanan & berbelanja utk tetamu yg datang membaca tahlil. Seharusnya kita khuatir sekiranya kita termakan harta anak yatim yg ditinggalkan oleh 'si mati' atau harta peninggalan 'si mati' yg belum dibahagikan kepada yg berhak menurut Islam.


2.      Sekiranya hadir ke Walimatul Urus [Kenduri Kahwin] orang kerap salam berisi (hadiah wang yg diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit hendak dikepit dalam tangan maka segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga 'si mati' yg harus kita beri sedekah. Andai hadir ke kenduri kahwin, tak memberi pun tak apa kerana tuan rumah menjemput datang untuk memberi makan, bukan untuk  ia menambah pendapatan.


3.      Semasa menghadiri majlis pemimpin negara, biasanya kita berpakaian cantik dan segak tetapi apabila menghadap Allah baik di rumah ataupun di masjid, pakaian kita lebih kurang sahaja bahkan ada juga yg tidak berbaju. 


4.      Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, kita akan rasa segan nak makan sehingga habis apa yg telah dihidangkan kerana rasa malu & segan. Sedangkan apa yg dituntut ialah menghabiskan apa yg dijamu agar tuan rumah gembira dan tidak terasa membazir.


5.      Sekiranya menunaikan solat sunat di masjid, kita menjadi amat rajin namun ketika di rumah, terasa malas. Sedangkan solat sunat sebaiknya dilakukan dengan banyak di rumah seperti yg dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa RIAK.


6.     BULAN PUASA merupakan bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yg berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam kita akan dapati bahawa perbelanjaan pada bulan puasa adalah yg tertinggi dalam setahun. Sepatutnya perbelanjaan kita dalam bulan Ramadan lah yg sepatutnya terendah.


7.      Kalau hendak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah tapi apabila selesai mengerjakan haji dari Mekah, tak buat kenduri pun.Galakan berkenduri dalam Islam antaranya ialah selamat dari bermusafir, maka kenduri akan dilakukan. Bukannya kerana hendak bermusafir maka dibuat kenduri. Atau kita mempunyai tujuan lain ?


8.      Sesetengah ibu bapa amat bimbang sekiranya anak mereka gagal dalam peperiksaan. Maka akan dihantarlah ia ke kelas tuisyen walaupun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau SOLAT , tak bimbang pula malah tak berminat untuk menghantar anak ke kelas membaca al-Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak mampu membaca al-Quran dengan tajwid yg betul dan lancar atau menunaikan solat. ISLAM IS NUMBER ONE BUT ACADEMIC IS NOT NUMBER TWO either.


9.      Sekiranya bekerja mengejar rezeki Allah siang dan malam, pagi dan petang, wajib pergi kerja. Hujan, ribut, badai, taufan, tsunami (over la pula -.-) tetap diharungi kerana mahu mematuhi peraturan kerja. Tapi kadang2 ke rumah Allah [masjid] tak hujan, tak panas, tak ribut, tak angin taufan, tak hujan batu dll ( :P ) pun tak datang ke masjid sedangkan berjemaah merupakan fardu kifayah (menurut mazhab Syafi'e) dan peraturan Allah. Semoga kita terhindar daripada perbuatan begini. Rezeki Allah diminta tapi hendak ke rumahnya terasa segan dan malas pula. Bagi sesetengah orang la.


                                                           Last but not least,


10.      Sesetengah isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atak tak, bukan main lagi hang berhias :P. Tetapi kalau duk rumah, MASYAALLAH. Padahal yg dituntut oleh Islam ialah seorang isteri itu harus berhias untuk suaminya, bukan untuk tatapan orang lain. Perbuatan terbalik inilah antara faktor yg menyumbang kepada kejatuhan rumahtangga.

That's all. Cukup dengan contoh-contoh di atas. Jom berlapang dada dan muhasabah diri kembali :D
Sabda Rasulullah S.A.W : "Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)

By the way, SALAM NUZUL QURAN & SALAM RAMADAN! 

Sabda Rasulullah : "Celakalah bagi mereka yg tidak berubah sedikitpun ke arah kebaikan selepas bulan Ramadan." Jadi mari kita saling mengingatkan apa yang terlupa dan semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang yg celaka selepas Ramadan. Nauzubillah.


For more information about Islam by Ustaz Zaharuddin, just click his name. A new tab will be opened. ^_^ 


Wassalam! ~


No comments :

Post a Comment