Saturday, May 11, 2013

No more Mother's Day! ♥


In the name of Allah, The Most Merciful, Most Gracious~


Peace be upon you :D

                                                                            


Niat asal update blog ni semata-mata untuk buat entry khas untuk MAMA berkenaan Hari Ibu yang bakal disambut pada 12 Mei 2013 :D *hari Ahad ke-2 dalam bulan Mei.

Tapi, Alhamdulillah ana sempat dapat jawapan bahawa Sambutan Hari Ibu adalah HARAM.
Baru harini ana tahu. Hoho. 

Mungkin ramai orang sudah tahu tapi buat mereka yang belum tahu kenapa Sambutan Hari Ibu adalah HARAM, berikut merupakan penjelasannya :D 

♥ ♥ ♥

1. Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.


2. Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai 
penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.


3. Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

 ♥ ♥

Hehe. Panjang kaaan? Sebenarnya lebih panjang drpd ni tapi ana ambil yg ringkas dan padat jak.


*Otak tengah mencari ayat yg gramatis* -.- 


Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka. (HR. Abu Dawud, Ahmad dan dishahihkan Ibnu Hibban. Ibnu Taimiyah menyebutkannya dalam kitabnya Al-Iqtidha’ dan Fatawanya. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih al-Jami’ no. 2831 dan 6149)




No more Mother's Day ! :D

Okay, mesti ada dalam fikiran sesetengah orang bahawa :-
1. Alaa, sambut Hari Ibu kan suatu benda yg baik. Apa salahnya kalau sambut?

Tapi,

*NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA*

Memandangkan begitu, kita boleh buat sendiri hari yang istimewa untuk parents selagi kita mampu berkhidmat dengan diorang ^_^  *(Bagi yang jarang dpt jumpa family laa). Hee~*
I know, bukan selalu dapat terbitkan senyuman di wajah Mama walaupun memang selama ni memang mahu buat Mama tersenyum. Hehe. I will always pray for you and dad, biiznillah.



Dear Mummy,

" Aku tak pandai mengarang puisi,
    Tidak ku pandai bermadah berseri,
Satu kalimah yang ku seikhlas tahu,
Hanyalah ku cinta PADAMU ! "





 THANKS A BUNCH  for everything! I love you SO MUCH Mak^_^  ♥ 






Last but not least, 

Segala yg baik, datang drpd Allah manakala yg buruk dtg drpd hambaNya sendiri.

Buang yg keruh, ambil yg jernih.

Harap dpt beri manfaat.

Ma'assalamah! :)


2 comments :

  1. every year, bila mother's day baru maw plan special day for the mothers.. tapi kita lupa.. everyday is mother's day :)

    ReplyDelete
  2. a'aa... huhu... everyday is mother's day :D semoga kita dapat tarik parents kita masuk syurga sama2... ameeeeen~ <3

    ReplyDelete