Bismillahirrahmanirrahim ~
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH WAMAGHFIRATU WA RIDHWAN
:)
Hmm .. Tgk title post ne , apa yg anda fikir ? hehe .. Ana baru sahaja terfikir pasal benda ni semalam
dan ada juga pasang niat untuk post dalam blog ni .. Tapi , memandangkan minggu ni ana menempuhi Peperiksaan Pertengahan Tahun , ana tangguhkan dulu niat ana ni .. Want to know what I meant by the title ABOVE ? ok laa ..
Ini Muqaddimah la dulu yaa ~
Memang tidak dapat disangkal lagi kan , dalam dunia ni , mestilah setiap orang memiliki insan yang mereka SANGAT SAYANG .. Tidak kiralah ibu bapa , anak-anak , kawan-kawan ataupun kekasih(suami isteri)..
Jadi , kalau kita dah sayang dengan seseorang , memang amat logik jika kita berjauhan atau lama tak jumpa orang tersebut , kita akan rasa RINDU yang teramat kepadanya .. Kan ? Kalau tidak pun , mesti kita tak sabar mahu jumpa orang tu dan luangkan masa dengannya ..
What I focused for here is ,
Bagi pendapat saya , cuba kita andaikan bahawa orang yang kita sayang tu adalah KITA .. Maksud saya , HAMBA Allah .. Sampai ke mesej ? Haha :D .. Lebih spesifik lagi , apa yang ana maksudkan sini ialah sekiranya HAMBA Allah pun ada perasaan rindu terhadap insan yang dia sayang , apatah lagi PENCIPTA manusia itu sendiri [ALLAH :)] .. Kita sendiri maklum kan , Allah Maha Penyayang dan Dia mencipta manusia dengan tujuan agar manusia dapat mengabdikan diri kepadaNya .. Jangan sesekali kita lupa , perasaan dan emosi yang kita ada sekarang ni datang daripada Allah .. Jadi , layakkah kita untuk lalai daripada mengingati Allah ? Sebaiknya , luangkanlah masa yang banyak untuk beribadah kepada Allah .. Kita sendiri tahu bahawa Allah amat inginkan dan merindui doa daripada HAMBANYA ..
BAHKAN ,
Rasulullah S.A.W yang Allah janjikan syurga pun lazim menunaikan QIAMULLAIL dan apabila isteri baginda
bertanya kepada baginda , "Mengapa engkau selalu mendirikan solat malam walaupun engkau tahu Allah telah menjanjikan syurga kepadamu?" Rasulullah menjawab , "Allah telah memberikan banyak kurniaanNya kepadaku, jadi tidak salah jika aku menjadi hambaNya yang bersyukur."
So , what can I conclude here is ,
Sebagai HAMBA Allah yang hina dan sering lalai menunaikan tanggungjawab kepada Allah ialah lebih molek lagi sekiranya kita peruntukkan banyak masa untuk meluangkan masa beribadah kepada Allah ..
Lazimkan QIAMULLAIL dan solat taubat .. Tapi , kalau bangun tiap malam untuk menunaikan Qiamullail ,
menjadi makruh pula (ini ana tahu daripada seorang Ustaz di sekolah ana) ..
Akhirulkalam , jadilah
insan pengkaji dan banyak berfikir .. Pandai-pandailah kaitkan kehidupan dengan agama dan berpeganglah
dengan al-Quran & Al-Sunnah .. InsyaAllah , kita tidak akan sesat ^_^ ..
Ini sahaja yang ana ingin ungkapkan .. Segala yg baik datang daripada Allah , segala yg buruk datang
daripada diri ana sendiri , walaupun hakikatnya , kedua-duanya datang daripada Allah ..
Buang yg keruh , ambil yg jernih :)
WASSALAM :D MA'ASSALAMAH ! :)
No comments :
Post a Comment