Sunday, August 29, 2010

Pelindung Vs Perosak ~

Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.




Bagaimana seorang lelaki dapat menjadi pelindung terbaik bagi wanita? Adakah dengan menghubungi wanita itu selalu, bertanyakan khabar, mengajaknya pergi makan supaya dia tahu si gadis makan mengikut masa, atau dengan mengucapkan kata-kata sayang?


Saya hendak berkongsi sebuah kisah benar berkenaan seorang sahabat yang sering risau akan keadaan dirinya yang masih single and available. Risau bila dikatakan tidak mengikuttrend. Risau bila huluran ikhlasnya tidak disambut oleh gadis yang dipuja. Sering merasakan dirinya LOSER kerana kononnya tak ada perempuan nak mahu padanya, sikit-sikit kena reject saja. Geli hatiku. Sampai begitu sekali fikirannya parah.


Persoalannya, adakah dengan SMS selalu, rajin bertanya khabar, dan rajin segala dapat menjamin dia menjadi pelindung atau hero paling hebat kepada wanita tersebut? Sekali kita mulakan langkah. pasti akan membawa kepada langkah seterusnya. One thing leads to another. Silap-silap lebih menjadi perosak daripada pelindung.

"Merosakkan?"

Yalah. Merosakkan dengan menambah saham dosa yang ditanggung oleh perempuan. Pelindungkah?

Merosakkan dengan setiap tindakannya yang akhirnya membuatkan perempuan tersebut gila bayang padanya hingga melupakan yang mana langit dan yang mana bumi.
Pelindungkah?


Merosakkan dengan membuatkan perempuan itu merasakan setiap perbuatan yang dilakukan untuk 'mengeratkan hubungan' itu supaya terasa ‘enak dan indah' walaupun hakikatnya masing-masing menyedari diri terjerumus dalam kancah dosa.
Pelindungkah?

Merosakkan dengan membuatkan diri anda dan diri orang yang 'disayangi', buah hati pengarang jantung berenang-renang dalam lautan dosa tatkala anda sedar tidak mampu memberikan sesuatu yang halal kepadanya.
Pelindungkah?

Merosakkan akhirnya hanya kerana pada awalnya telah MEMULAKAN.
Pelindungkah?


Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu,
supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.
Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!


Mahu menjadi pelindung? Mintalah pertolongan kepada Allah semoga Dia sentiasa melindungi. Kita hanya manusia biasa yang tidak berdaya. Di saat anda masih belum mampu, cukuplah dengan meminta Dia yang melindungi dan memerhati. Kita manusia dengan pelbagai keterbatasan, takkan mampu untuk menjadi superhero paling sempurna kerana tiada yang sempurna melainkan-Nya. Jadilah lelaki pintar yang sentiasa bijak menilai.


Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati!
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status ‘single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!


Wahai 1ar-rijal, bangkitlah kalian. Anda dikurniakan kelebihan berbanding kami, gunakanlah kelebihan tersebut. Janganlah ambil sifat kami. Kami insan lemah, anda yang harus kuat!


Jangan mengharapkan sesuatu yang kami tidak mampu beri.
Jadilah kalian pelindung yang sejati,
agar kita senantiasa berada dalam reda Ilahi,
sampai tiba saatnya nanti...


Soallah diri kita, kenapa kita masih belum mampu melaksanakan suruhan-Nya sedangkan kita tahu apa yang benar?

Soallah diri kita, apa guna kita mengharap syurga seandainya perintah yang disuruh-Nya tidak mahu dilakukan malah dipandang sipi dan diabaikan?

Soallah diri kita, jika setiap muslim sudah dijanjikan syurga, yakinkah kita akan meninggalkan dunia ini dengan 2husnul khatimah? Yakinkah kita akan meninggalkan dunia sebagai muslim? Yakinkah kita syurga milik kita? Yakinkah?

Soallah diri kita, andaipun syurga dijanjikan kepada kita, sanggupkah kita mengharungi neraka sebelum menjejak ke syurga lantaran "hutang" kita terhadap Sang Pencipta yang belum langsai? Sanggupkah?



Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu). Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?"

(Hadis riwayat lmam Muslim)


Bagaimana mungkin doa kita untuk ke syurga dimakbulkan andainya Allah memalingkan pandangan-Nya daripada kita lantaran 'haram' yang kita 'halalkan'? Kita yang muda kena sentiasa beringat bahawa kita merupakan harapan agama. Banyak lagi cabaran yang harus dihadapi dalam hidup ini, banyak lagi tanggungjawab yang menanti. Tolaklah ketepi perkara-perkara remeh yang tidak membawa manfaat kepada diri dan 'kawan' melainkan KEROSAKAN sahaja.


Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati,
meskipun dengan niat yang suci,
kerana dia sentiasa menyedari,
niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni,
kerana dia mengakui,
makhluk bertanduk dua sentiasa "ready"!
Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati.


Fikirkan dengan akal, renungkan dengan hati. Tolak tepi nafsu di hati yang mengaburi hati kita daripada menilai yang baik dan buruk, kerana hati tidak pernah menipu.



Wabishah bin Ma'bad berkata: Aku mendatangi Rasulullah, dan baginda bertanya "Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?"

Aku menjawab, "Ya, benar."

Baginda bersabda, "Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu."

(Hadis riwayat Imam Ahmad)


Tiada gunanya segala apa yang diperkatakan andainya hati kita tertutup daripada kebenaran. Bersihkanlah hati kita, sesungguhnya itulah anggota yang paling berharga. Disebabkan kerosakan hati itulah berlakunya kerosakan-kerosakan yang lain. Rajin-rajinkanlah membersihkan hati.




Saturday, August 28, 2010

Solatku .. Artikel dri iluvislam ~

Aku adalah seorang anak kepada sepasang suami isteri yang bergelar ustaz dan ustazah. Diriku diberikan pendidikan agama secara terus menerus. Sejak kecil, aku diajar untuk mengenali Islam. Tadikaku adalah sekolah agama, di peringkat sekolah kebangsaan, aku dimasukkan ke sekolah agama. Sekolah menengah ku juga disisipkan pelajaran tambahan Bahasa Arab dan Kelas Kemahiran Al-Quran. Pokoknya, aku memang bertuah kerana diberikan nafas Islam dalam hidupku.

Aku menginjak awal remaja, seterusnya cukup umur untuk diwajibkan menunaikan solat. Namun, hatiku berasa berat untuk menunaikan solat. Aku hanya mengangguk apabila ibu bapaku bertanya apakah aku sudah menunaikan solat. Aku mengunci diriku di dalam kamar buat beberapa ketika dan keluar hanya untuk memberitahu yang kononnya aku sudah solat. Pernah juga ibu bapaku ragu dengan kenyataanku, namun aku berjaya meyakinkan mereka.

Beberapa program motivasi telah aku sertai, namun semuanya hanya berjaya menanamkan rasa untuk solat dalam diriku untuk masa yang sangat singkat. Selepas itu, aku teruskan tabiat lamaku. Aku lebih rela menipu daripada menunaikan solat. Betapa kuatnya pengaruh syaitan ke atas diriku.

Hari berganti hari. Hatiku sering dilanda resah tanpa sebab. Kadang kala, aku rasa ingin menangis, namun tiada alasan mengapa. Diriku terasa sedih, pilu, gelisah dan kosong. Perasaan itu semakin kuat kesannya apabila aku bersendirian. Namun, tak terlintas dalam hatiku apa sebabnya.

Satu petang maghrib, aku melihat adikku melepak dan bersembang di birai katil. Aku berasa agak pelik kerana sepatutnya sekarang mereka sudah solat, lalu aku mengarah mereka untuk mengambil wudhu' dan pergi untuk menunaikan solat. Dengan langkah longlai, mereka menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk dan seterusnya menunaikan solat.

Mungkin sudah ketentuan Allah, sedang aku melihat adik-adikku khusyuk solat, terdetik di benakku, " Kenapa aku menyuruh adik-adikku bersembahyang sedangkan diriku tidak sembahyang?". Tiba-tiba hatiku luruh. Aku diam tanpa kata. Perasaan sebak memenuhi rongga dadaku. Ya, benar kata benakku. Aku menyuruh adikku menunaikan solat walaupun mereka belum akil baligh, tapi aku yang sepatutnya menyembah Allah yang Maha Esa tidak pula menunaikan kewajipanku. Tanpa ku sedari, air mata luruh di pipi.

Pantas kakiku menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu'. Dengan rasa keinsafan yang terbit dalam sanubari, aku mengangkat takbir untuk pertama kalinya dengan hati yang penuh ketenangan. Setiap rukukku, sujudku terasa begitu bermakna. Bacaan Al-Fatihahku terasa begitu sayu. Betapa sebenarnya rohaniku rindu pada Allah. Betapa jiwaku sebenarnya meronta ingin menghadap Allah. Betapa sebenarnya aku mahu solat.

Tidak lama kemudian, tiba pula bulan Ramadhan. Aku bertekad untuk belajar memenuhi solat 5 waktu sepanjang bulan itu. Aku melawan nafsuku semata-mata untuk menunaikan solat. Hatiku menjadi lebih tenteram. Jiwaku tenang. Tiada lagi keresahan merundung jiwa. Kini aku tahu mengapa hati sering dibelenggu kesedihan. Aku rindukan Allah. Aku terlalu merinduiNya...

Kini, aku merasakan hari-hariku lebih bermakna dengan kehadiran rakan baik baruku, SOLAT. Aku berharap hidupku akan terus dipenuhi solat, tak kisahlah yang wajib atau yang sunat. Amin...



Lgu Drpd Huwa . Sblum kmi rpt . Haa ~



:D hehee ~ jiwang japp ..



Sunday, August 22, 2010

Nenek Obama selamat drpd pemurtadan ~

Nenek Obama Selamat dari Pemurtadan
Tuesday, 21 April 2009 16:04

“…. Ketika mengetahui bahwa mereka berencana membaptisku, aku menolak untuk datang,” kata Sarah.

Aksi misionaris Protestan semakin menjadi-jadi di berbagai belahan dunia. Tak terkecuali terhadap kaum intelektual maupun elite, yang belakangan terabaikan lantaran selama ini mereka hanya membidik umat Islam di wilayah pelosok dan terpencil.

Sabtu (18/4), Gereja Protestan Advent Hari Ketujuh, yang ada di sebelah barat kota Kisumu, Kenya, Afrika Timur, mengundang Sarah Obama untuk hadir dalam sebuah upacara akbar di gereja tersebut, untuk mengikuti pembaptisan.

Tentu saja, nenek Obama ini terkejut dan langsung menolak undangan itu. “Ketika mengetahui bahwa mereka berencana membaptisku, aku menolak untuk datang,” kata Sarah.

Menurut Said Obama, saudara tiri Presiden Obama, Pastor Gereja Protestan Advent Hari Ketujuh selalu datang ke rumah Sarah di Kogelo, untuk melakukan pendekatan kepadanya dan mengajaknya memeluk Protestan.

Upaya pemurtadan yang dilakukan terhadap Sarah oleh Gereja Advent Hari Ketujuh itu menuai reaksi keras umat Islam di negara berpenduduk 32 juta jiwa itu. Bahkan Majelis Ulama dan Imam Kenya mengecam rencana pemurtadan yang dilakukan Gereja Advent Hari Ketujuh terhadap Sarah ataupun muslim lainnya.

Seperti dilansir kantor berita AFP, Mantan Sekretaris Dewan Imam di Kenya, Syaikh Mohamed Khalifa, menilai, upaya yang dilakukan pihak gereja itu merupakan bentuk provokasi, yang telah memancing kegusaran umat Islam Kenya. Pemerintah harus mengambil tindakan tegas.

“Saya menyesalkan upaya yang dilakukan pihak gereja terhadap Mama Sarah untuk berpindah agama. Dan kami tidak akan tinggal diam, kami akan melindungi umat dan agama kami,” kata Syaikh Khalifa.

Keluarga ayah Presiden Obama di Kenya memang beragama Islam. Tak mengherankan jika sekitar 11 persen rakyat Amerika Serikat masih berpersepsi bahwa presiden yang benama lengkap Barack Husein Obama itu seorang muslim.


:D Wanna read more ? Keep reading ......

Nasihat Kematian dari Umar bin Abdul Aziz r.a ~

Suatu ketika, Umar bin Abdul Aziz R.A mengiringi jenazah. Ketika semuanya telah bubar, Umar dan beberapa sahabatnya tidak beranjak dari kubur jenazah tadi. Beberapa sahabatnya bertanya, “wahai Amirul Mukminin, ini adalah jenazah yang engkau menjadi walinya. Engkau menungguinya disini lalu akan meninggalkannya“.

Umar berkata, “Ya. Sesungguhnya kuburan ini memanggilku dari belakang. Maukah kalian kuberitahu apa yang ia katakan kepadaku?“.

Mereka menjawab, “Tentu”.

Umar berkata, “Kuburan ini memanggilku dan berkata, ‘Wahai Umar bin Abdul Aziz, maukah kuberitahu apa yang akan kuperbuat dengan orang yang kau cintai ini?‘, “Tentu“, jawabku.

Kuburan itu berkata, “Aku bakar kafannya, kurobek badannya dan kusedot darahnya serta kukunyah dagingnya. Maukah kau kuberitahu apa yang kuperbuat dengan anggota badannya?“.

“Tentu“, jawabku.

Aku cabut (satu per satu dari) telapak ke tangannya, lalu dari tangannya ke lengan dan dari lengan menuju pundak. Lalu kucabut pula lutut dari pahanya. Dan paha dari lututnya. Ku cabut pula lutut itu dari betis. Dan dari betis menuju telapak kakinya“.

Lalu Umar bin Abdul Aziz menangis dan berkata,

Ketahuilah, umur dunia hanya sedikit. Kemuliaan didalamnya adalah kehinaan. Pemudanya akan menjadi renta, dan yang hidup didalamnya akan mati. Celakalah yang tertipu olehnya.

Janganlah kau tertipu oleh dunia. Orang yang tertipu adalah yang tertipu oleh dunia. Dimanakah penduduk yang membangun suatu kota, membelah sungai-sungainya dan menghiasinya dengan pepohonan, lalu tinggal di dalamnya dalam jangka waktu sangat pendek. Mereka tertipu, menggunakan kesehatan yang dimiliki untuk berbuat maksiat.

Demi Allah, di dunia mereka dicengkeram oleh hartanya, tak boleh begini dan begitu, dan banyak orang yang dengki kepadanya. Apa yang diperbuat oleh tanah dan kerikil kuburan terhadap tubuhnya? Apa pula yang diperbuat binatang-binatang tanah terhadap tulang dan anggota tubuhnya?

Dulu, di dunia mereka berada di tengah-tengah keluarga yang mengelilinginya. Diatas kasur yang empuk dan pembantu yang setia. Keluarga yang memuliakan dan kekasih yang menyertainya. Tetapi ketika semuanya berlalu dan maut datang memanggil, lihatlah betapa dekat kuburan dengan tempat tinggalnya. Tanyakan kepada orang kaya, apa yang tersisa dari kekayaannya? Tanyakan pula kepada orang fakir, apa yang tersisa dari kefakirannya?

Tanyalah mereka tentang lisan, yang sebelumnya mereka gunakan berbicara. Juga tentang mata yang mereka gunakan melihat hal-hal yang menyenangkan. Tanyakan tentang kulit yang lembut dan wajah yang menawan serta tubuh yang indah, apa yang dilakukan cacing tanah terhadap itu semua? Warnanya pudar, dagingnya dikunyah-kunyah, wajahnya terlumuri tanah. Hilanglah keindahannya. Tulang meremuk, badan membusuk dan dagingnya pun tercabik-cabik.

Dimanakah para punggawa dan budak-budak? Dimana kawan, dimana simpanan harta benda? Demi Allah, mereka tidak membekali si mayit dengan kasur, bahkan tongkat untuk bertopang sekalipun. Dahulu dirumah mereka merasakan kenikmatan. Kini ia tenggelam dibawah benaman tanah. Bukankah kini mereka tinggal ditempat yang lusuh dan menjijikan? Bukankah sama saja bagi mereka; siang dan malam? Bukankah sekarang mereka tenggelam dalam pekatnya kegelapan? Tak ada lagi kesempatan untuk bertemu dengan orang-orang tercinta.

Berapa banyak orang yang dulunya mulia, kini wajahnya hancur. anggota badannya tercerai berai. Mulut mereka belepotan dengan darah dan nanah. Binatang-binatang tanah mengerubuti jasad mereka, sehingga satu per satu anggota tubuh terlepas. Hingga akhirnya tak tersisa, kecuali hanya sebagian kecil saja. Mereka telah meninggalkan istananya. Berpindah dari tempat lapang ke lubang yang sempit. Sesudah itu, istri-istri mereka dinikahi orang lain. Anak-anaknya pun berkeliaran dijalan. Harta bendanya dibagi-bagi oleh ahli warisnya.

Diantara mereka, ada pula yang dilapangkan kuburnya. Diberi kenikmatan dan bersenang-senang dengannya didalam kubur. Tetapi ada pula yang di adzab dalam sempitnya lubang kubur. Menyesali apa yang telah mereka kerjakan.

Umar lalu menangis dan berkata, “Wahai yang menjadi penghuni kubur esok hari, bagaimana dunia bisa menipumu? Dimana kafanmu? Dimana minyak (wewangian untuk orang mati)mu dan dimana dupamu? Bagaimana nanti ketika kamu telah berada dalam pelukan bumi. Celakalah aku, dari bagian tubuh yang mana pertama kali cacing tanah itu melumatku? Celakalah aku, dalam keadaan bagaimana aku kelak bertemu dengan malaikat maut, saat ruhku meninggalkan dunia? Keputusan apakah yang akan diturunkan oleh Rabbku?“.

Ia menangis dan terus menangis, lalu pergi . Tak lebih dari satu pekan setelah itu, ia meninggal. Semoga Beliau dirahmati Allah .



Friday, August 20, 2010

My Plan For ......

This is a story about a girl that is sweet,demure,beautiful,clever and religious . Haha ! Perasan !
Teda bh . Motif kuw tlis ne , mw gitaw kamoe plan kuw tuk PMR n Ramadan ! :D

This is my list of things to do 4 Ramadan , a holy month

  • Khatam al-Quran
  • Bykkan amalan sunat
  • Bykkan berdoa ! Doa mdh makbul !
  • Bykkan zikir n Selawat!
  • Bykkan istighfar !
  • Bykkan menyebut kalimah suci , Lailahaillallah !
  • Bykkan doa mmohon Jannah(Syurga)
  • Jaga ibadah !
  • Rajin2 la Tarawih !
  • Jangan wat maksiat ! Mengumpat?? NO !
  • Jaga iman , Jaga lidah !
  • Jgn tggal sahur ! Lawan NAFSU !
  • No BERBUKA xcept klaw menstruate !

Okeh , myb e2 jak . Apa2 perubahan , berubah la ... Rasulullah bersabda ; Celakalah bagi mrk yg x berubah pada bln Ramadan ! So , change to a better,better,better person ! :D

Skrg , plan utk PMR ,
  • Kurangkan tidur !
  • Kurangkan main !
  • Kurangkan on9 ! Penyakit ne ! Haha ~
  • Kurangkan ckp bnda Laghah(sia2)
  • Bykkan wat latihan !
  • Bykkan ulangkaji !
  • Byk mengingati Allah !
  • Lillahita'ala !
  • Perbetulkan niat ! Jgn maw brjya krn pgkt n kddukan !
  • Bantu org lain !
  • Jgn Tokek ilmu ! Tokek ? Lokek bh ~ Haha ~
  • Jihad dulu !
  • Igt kata2 ne , Do the best , LET ALLAH DO THE REST !
  • Jaga pemakanan !
  • Minta restu ibu bapa n guru , jaga hubungan dgn kwn2 .
  • Usaha , Usaha , Usaha ! Usaha Ladder Kejayaan ! :P
  • Tidur mesT cukup !
  • Jgn paksa belajar kalaw sdh x larat , Ilmu x msuk jga tue .
Ne jak la mgkin . Any penambahan , InsyaAllah , I wat .
Read this ,

Ya Allah , sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu~

Buat masa ne , kuw dan Huwa xda contact2 . Hoho . InsyaAllah . Kejayaan x akan dtg Tanpa usaha yg gigih dan keazaman yg tggi ! Life is like riding a bicycle , to keep your balance , u must keep moving !

Okeh , Ne jak la . Kuw maw sleep da ..
Time[23:23] Date [20August2010]

Tata ! Gudnyte ! Take Care ! :D See ya next tym ! InsyaAllah . One more ,


♥ Absence makes the heart grow fonder !

♥ Maksudnya , u will miss sumone even more when they're apart from u !


Wokeyh ! Salam'alaik ! :D By : Syahirah Alfhatunnisa'


Friday, August 13, 2010

I Have no strength to live !



Huhu ... Sya hilang kykinan sda ngan dri sy ! I can't accept this ! Sy sussssaahhh utk trima hkikat ne !! Maw taw knp ? Huhuhuhuhuuuu ! Kputusan Excel sy byk yg mnurun ... Yg menaik ckkeett jak ! BI yg sya target A , dpt B !!!!!!!!!!!!!!!!!! 76% bowszz!!!
Sya over sdih ne ! Stiap hari sy fikir sal kptusan Excel tue !!!!!!!!!!!!!! Huhu .. I Lost My Confidence !! Arghhhhh !!!!!! I cannot accept this ! Ya Allah , please help me !!!!!!!!
But don't worry u guys ! I will prove it on my PMR ! Remember , Life is like a road. You never know where it's going to take you and there's no road map! Hence , Life is like riding a bicycle , to keep your balance , u must KEEP MOVING !

I promise to change ! I promise to change ! I promise to change ! :D Ya Allah , Give Me Guidance

 !


Friday, August 6, 2010

Just because of Her , my life RUINED !

Huhu . Maw taw knp ? Sbb , dy jeles ma q .. Then , dy mngumpat tntg dri q ngan kwn2 dy !
huhu . Bibiran ! I will never forgive you , if u don't wanna admit to me ur wrong and apologise to
me ! Bygkan bh , sal Huwa jak pun berabis dy mw bnci sy ! Huhu . Tpi dpn sya , trip baek kunun dy ! Argghh !!! Dy call2 Huwa sy x kesah pun ... Huwa bgi dy cincin sya x mrh pun ! Hence , sy tda pun umpat dy . Tpi dy yg mula dlu ! Tym sy gduh ngan kwn sy , dsnala dy berabis mghina sy ! Rpanya
slma ne , dy jles ma sy ! Huhu . Dy kuar ngan Huwa sy tda pun kesahh ! Huhu . JAHATnya dy tue !
Kwn dy lgila kin panas !!! maw jak sy bgitaw Huwa apa yg dy buat kat sy !!!! ARGGHHH !
Tym trial pun ada lg dy wat maksiat !! Huhu .. But , kalaw sdh jodoh , x kemana jga tue . Tue la sy x kesah sgt tue .. Myb jodoh sy jaauuhh lbih baek drpd Huwa kan ? Hee . Tue jak la .

My last word , Love Allah , Rasulullah , Urself , Family , Friends first ! Soal
ne , lupakan dulu ! Bila sda bsr , bru fkir sal bnda ne .. Hee ~ :) Ilalliqa' !


Huwa !! Sedarilah bahawa dy x sesuai utkmu ! Tpi sy yakin , Allah akan mmberi yg tbaik utk :) hmbaNya yg b'iman . :)