Monday, May 14, 2012

What's so special today ?

WHAT ? hehe .. Before that , In the name of Allah , ASSALAMUALAIKUM :) ~

Yaaa , ana tahu hari ni merupakan hari ibu kan ? Kalau log in FB ja , confirm banyak wish2 *selamat hari ibu* kan ? Hehe .. But , pernahkah kita terfikir , adakah ibu hanya perlu diberi penghargaan sekali saja ? Maknanya, setiap hari adalah hari ibu la kan ? Sepatutnyalah .. Haa~ 

Tapi , tak salah pun kalau nak sambut hari ibu .. Lagipun , benda yang baik kan ? Sebagai anak yang baik , pandai-pandailah jaga hati ibu ayah kita .. Huhu .. 

Actually, memandangkan hari ibu , ana buat juga sekeping kad for my lovely mummmy ! Haha .. Bukan setiap masa ana dapat buat kad ni . Budak asrama la katakan .. 

Baiklah , itu sahaja ana mahu sampaikan .. BTW , di mana-mana ja mesti lagu 'Maher Zain - Number one for me' ja yang orang akan post untuk ibu mereka kan ? Haha .. 

Ana pun antaranya juga :P Haa~
Okay , ma'assalamah you guys ! Buang yang keruh , ambil yang jernih :) Wassalam ^_^ 


Itulah MAMA ana ! :) yang pakai baju merah tuu ! Mama analah yang selama ni penat-lelah layan celoteh anak-anaknya .. Haha , mestilah kan ? A THOUSAND THANK YOU for you , mama :) InsyaAllah I will be a good girl and bring happiness to you every seconds until JANNAH .. Ameen ~ :D



Saturday, May 12, 2012

Sheila On 7 - Buat Aku Tersenyum


REALLY LOVE this song ! :) I know this song pun from ehemehem .. Haha ..
Ada kisah juga di sebalik lagu ni .. *makna tersirat* .. Hoho ..BTW , ni lirik lagu ni :D

Datanglah sayang, dan biarkan ku berbaring
Di pelukanmu, walau untuk sejenak
Usaplah dahiku, dan ‘kan ku katakan semua

[Reff:]
Bila ku lelah tetaplah disini,
jangan tinggalkan aku sendiri
Bila ku marah, biarkan ku bersandar,
jangan kau pergi untuk menghindar

Rasakan resahku, dan buat aku tersenyum
Dengan canda tawamu, walaupun ‘tuk sekejap
Kar’na hanya engkaulah, yang sanggup redakan aku

Kar’na engkaulah satu-satunya untukku,
dan pastikan kita s’lalu bersama
Kar’na dirimulah yang sanggup mengerti aku,
dalam susah ataupun senang

[Bridge:]

Dapatkah engkau s’lalu menjaga ku
Dan mampukah engkau mempertahankan ku

[Reff]

 Baiklah, itu ja yang ana mahu luahkan ..
Akhirulkalam , kalau dengar lagu-lagu begini pun, jangan pula kita lalai ya .. Lagi molek if kita dengar lagu yang membangkitkan rasa cinta pada ALLAH :) .. Hehe , peringatan untuk ana sendiri juga ..
Buang yang keruh, ambil yang jernih :D

Ma'assalamah ! ^_^


NOW or NEVER !

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ~

Hehe .. 2 hari sudah tak tulis entry baru kan ? Hmm . Kali ne ana mau sentuh pasal cita-cita ana !
Huhu .. Sudah pasti semua orang ada cita-cita atau keinginan yang tersendiri kan ? Tapi , bukan
semua hasrat yang kita mahu , kita akan dapat dengan mudah kan ? Sebelum kita capai hasrat kita ,  perkara yang PALING penting, sudah tentulah USAHA kan ? Hehe ..Baiklah , kembali pada niat asal ..

Ana sebenarnya pasang banyak cita-cita .. Ana masih ingat lagi , masa ana sekolah rendah dulu , cikgu 
ana tanya : apa cita-cita kamu ? So ana bagitahu , ana mahu jadi saintis atau doktor .. Haha .. See ?
Bukan senang kan nak capai .. Tapi, ALHAMDULILLAH , ana sekarang mampu menjadi kedua-duanya .. :D hehe , tipu ja .. Itu cerita sekolah rendah .. Bila naik menengah atas , ana ubah cita-cita ana .. Menengah atas ni maksudnya tingkatan 4 dan 5 .. Berbekalkan result PMR ana yang biasa-biasa saja, ALHAMDULILLAH, dapat juga ana dapat masuk kelas aliran Sains tulen .. Tapi , sejak masuk kelas sains tulen ni , ana tak tahu kenapa ana tak berani jadi doktor .. Mungkin takut dan geli kalau tengok penyakit yang dapat dilihat daripada luaran kan ? 


Contohnya macam penyakit kudis buta, cacar dll . Itu contohlaa .. Ana tak geli pun tengok tu .. Haha .. Kalau saintis pula, ana rasa mustahil ana dapat sebab ana punya sikap MALAS ni kadang-kadang takleh kontrol.. Walhal , tiada yang mustahil kan dalam hidup ni selagi kita tak putus asa dan terus mencuba ? :) Akhirnya , ana terbuka hati pula nak menjadi PAKAR SAINS MAKANAN ! SANGAT-SANGAT teringin ! Ana tahu pasal science makanan ni pun daripada kakak ana .. Dia yang dedahkan pada ana pasal ni.. 

MINTA ihsan daripada anda semua agar mendoakan saya dapat realisasikan impian saya ya !! Syukran Jazilan :D .. InsyaAllah , ALLAH akan bantu kita as long as kita tetap berusaha kerana yang pipih tidak datang melayang , yang bulat tidak datang bergolek :) 

USAHA ! DOA ! ISTIQAMAH ! IKHTIAR ! TAWAKKAL ! InsyaAllah akan buahkan hasil kan ? :)
Huhu ... Lagipun , insyaAllah sekiranya ana jadi 'dietitian' , banyak yang ana mahu lakukan untuk masyarakat dan negara .. GOOD FOOD, GOOD LIFE, right ? 

Hehe .. That's all .. Tataa ^_^ ~



Thursday, May 10, 2012

I ADORE her Personality :)


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM . Salam'alaikum :)

Haa , again , ana terperangkap lagi with the internet world :P .. But Thank God laa bukan benda laghah .. Sedang asyik leka tengok video berkaitan Fatimah Syarha , kan selalunya YouTube promote video-video lain juga .. Then , dengan kuasa Allah , ana tertarik pula untuk klik video pasal Wardina .. Tajuknya , Ini Kisahku - Wardina Safiyyah .. Nanti ana post video tu kat bawah ni ya .. Namun , mungkin ada juga segelintir yang sudah tengok video ni kan ? Ana ja ke'baru'an .. Hee~ Tapi memang berbaloi tengok ..
Masuk ILMU yang bermanfaat :)

OOPSS ! Terpesong sikit pula .. Sebenarnya tadi nak cakap pasal video atas ni .. Tips didik anak dari Wardina .. Tapi, panjang masa video ni , 20:19 .. Lama kan ? Tidak pula ana expect yang ana spend masa lebih 20 minit tengok video ni .. Nevertheless , memang bagi kemaslahatan la kalau tengok video Tips untuk 'nurture' anak dari Wardina ni .. Sebab , daripada video tu la ana tahu bagaimana sikap Wardina .. Memang hebat cara didikannya .. Saya TABIK :D .. 

Cehh , haha . Macam nak menimang anak pula kan.. Ana post video ni semata-mata pasal nak tunjuk keperibadian Wardina .. Baru ana tahu perwatakan sebenar Wardina after she'd changed .. Baiklah ,
itu jak saya nak bagitahu .. Bagi yang rajin tengok video tu , klik la 'play' untuk video di atas ni .. ESPECIALLY untuk ibu bapa di luar sana .. Hehe .. Tambahan pula , semakin meningkat usia ni , sudah tentu akan ada kumbang yang akan sunting bunga pilihannya untuk sama-sama mendirikan rumahtangga yang bahagia .. Apabila ada pasangan suami isteri , jika Allah bagi rezeki , lahirlah zuriat penyejuk mata yang suci ibarat kain putih .. Tugas ibu bapa la didik anak sejak mereka kecil lagi kan ?
Haa~ . Jadi , golongan remaja pun digalakkan untuk tengok video ni .. Sekurang-kurangnya bertambah juga ilmu kan ? :) Okay la .. Panjang pula 'ter'bebel .. Huhu ^_^


NEXT , inilah video tentang perjalanan hidup Wardina bermula sejak beliau masih kecil , sehingga remaja yang seterusnya menjadi model dan pelakon lalu berkat doa ibunya yang makbul , Allah bagi Wardina hidayah agar dia mengubah personalitinya yang dahulu menjadi lebih baik :)


Bermula daripada video inilah ana kenal serba sedikit berkaitan Wardina .. Hehe .. But SORRY to say laa sebab video ni pun 20 minit juga .. Tapi, kalau boleh nak insist juga antum untuk tengok video Wardina ni .. BANYAK pengajaran dan motivasi yang dapat kita ambil tahu ? But , LA IKRAAHA FIDDEEN kan ? haha ~  Tiada paksaan dalam agama :) 


Alright , itu sahaja ana nak sampaikan .. Semoga hidup kita diredai Allah dan sentiasa mendapat bimbingan daripadaNya .. Ameen ^_^ 

Segala yang baik dan buruk datangnya daripada Allah .. Buang yang keruh , ambil yang jernih .. 





Wednesday, May 9, 2012

CAFE CINTA- Fatimah Syarha "Cara Seorang Muslimah Mengenali Bakal Suami"


Haa ~ See the title ? Yeapp .. It's about ways for muslimah's to know her FUTURE husband right ?
I don't know how to summarize the points given because I think ALL the points that Fatimah's has elaborate
were VALUABLE .. 

SO , rajin-rajinlah klik button play dan dengar sendiri apa pandangan dan nasihat daripada Ustazah
Fatimah Syarha berkaitan dengan isu 'Cara muslimah mengenali bakal suaminya' ..

PENTING ni ! Bukan apa, sunnah Rasulullah pun menyuruh agar umatnya mendirikan rumahtangga :)
YANG PENTING , TENGOKLAA VIDEO NI ! TIDAK RUGI ! MAKIN BERTAMBAH ILMU LAGI :D

TENGOK , DENGAR DAN HAYATI BETUL-BETUL YAA ^_^ InsyaAllah , semoga Allah turunkan
hidayah dan rahmatNya kepada kita semua .. Ameen ~ :)

ALLAH IS THE NUMBER ONE ! Buang yang keruh , ambil yang jernih .. Semoga anda mendapat
ilmu yang bermanfaat , InsyaAllah .. :)

That's all :D   > TENGOK YAA VIDEO NI ! :D Haa~


Tuesday, May 8, 2012

SIGN UP to this !

In the name of Allah , ASSALAMUALAIKUM :)

Heyya people ! Hee~ . While I was trapped with the internet , I abruptly have clicked on this link [http://www.youbeauty.com/ and I found that this website has provides lots of crucial info based on scientific research ! 

So , I emphasise you to visit this link . There are many interesting quizzes you'll get there ! Trust me :)

That's all .


Thank you for reading :D



Monday, May 7, 2012

HEY YOU ! Have you ever think like this ?

Bismillahirrahmanirrahim ~ 


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH WAMAGHFIRATU WA RIDHWAN 

:) Hmm .. Tgk title post ne , apa yg anda fikir ? hehe .. Ana baru sahaja terfikir pasal benda ni semalam dan ada juga pasang niat untuk post dalam blog ni .. Tapi , memandangkan minggu ni ana menempuhi Peperiksaan Pertengahan Tahun , ana tangguhkan dulu niat ana ni .. Want to know what I meant by the title ABOVE ? ok laa ..

 Ini Muqaddimah la dulu yaa ~

 Memang tidak dapat disangkal lagi kan , dalam dunia ni , mestilah setiap orang memiliki insan yang mereka SANGAT SAYANG .. Tidak kiralah ibu bapa , anak-anak , kawan-kawan ataupun kekasih(suami isteri).. Jadi , kalau kita dah sayang dengan seseorang , memang amat logik jika kita berjauhan atau lama tak jumpa orang tersebut , kita akan rasa RINDU yang teramat kepadanya .. Kan ? Kalau tidak pun , mesti kita tak sabar mahu jumpa orang tu dan luangkan masa dengannya .. 

 What I focused for here is ,

 Bagi pendapat saya , cuba kita andaikan bahawa orang yang kita sayang tu adalah KITA .. Maksud saya , HAMBA Allah .. Sampai ke mesej ? Haha :D .. Lebih spesifik lagi , apa yang ana maksudkan sini ialah sekiranya HAMBA Allah pun ada perasaan rindu terhadap insan yang dia sayang , apatah lagi PENCIPTA manusia itu sendiri [ALLAH :)] .. Kita sendiri maklum kan , Allah Maha Penyayang dan Dia mencipta manusia dengan tujuan agar manusia dapat mengabdikan diri kepadaNya .. Jangan sesekali kita lupa , perasaan dan emosi yang kita ada sekarang ni datang daripada Allah .. Jadi , layakkah kita untuk lalai daripada mengingati Allah ? Sebaiknya , luangkanlah masa yang banyak untuk beribadah kepada Allah .. Kita sendiri tahu bahawa Allah amat inginkan dan merindui doa daripada HAMBANYA ..  

BAHKAN ,

Rasulullah S.A.W yang Allah janjikan syurga pun lazim menunaikan QIAMULLAIL dan apabila isteri baginda bertanya kepada baginda , "Mengapa engkau selalu mendirikan solat malam walaupun engkau tahu Allah telah menjanjikan syurga kepadamu?" Rasulullah menjawab , "Allah telah memberikan banyak kurniaanNya kepadaku, jadi tidak salah jika aku menjadi hambaNya yang bersyukur." 

 So , what can I conclude here is , 

 Sebagai HAMBA Allah yang hina dan sering lalai menunaikan tanggungjawab kepada Allah ialah lebih molek lagi sekiranya kita peruntukkan banyak masa untuk meluangkan masa beribadah kepada Allah .. Lazimkan QIAMULLAIL dan solat taubat .. Tapi , kalau bangun tiap malam untuk menunaikan Qiamullail , menjadi makruh pula (ini ana tahu daripada seorang Ustaz di sekolah ana) .. 

Akhirulkalam , jadilah insan pengkaji dan banyak berfikir .. Pandai-pandailah kaitkan kehidupan dengan agama dan berpeganglah dengan al-Quran & Al-Sunnah .. InsyaAllah , kita tidak akan sesat ^_^ .. Ini sahaja yang ana ingin ungkapkan .. Segala yg baik datang daripada Allah , segala yg buruk datang daripada diri ana sendiri , walaupun hakikatnya , kedua-duanya datang daripada Allah .. Buang yg keruh , ambil yg jernih :) 

 WASSALAM :D MA'ASSALAMAH ! :)