Wednesday, May 9, 2012

CAFE CINTA- Fatimah Syarha "Cara Seorang Muslimah Mengenali Bakal Suami"


Haa ~ See the title ? Yeapp .. It's about ways for muslimah's to know her FUTURE husband right ?
I don't know how to summarize the points given because I think ALL the points that Fatimah's has elaborate
were VALUABLE .. 

SO , rajin-rajinlah klik button play dan dengar sendiri apa pandangan dan nasihat daripada Ustazah
Fatimah Syarha berkaitan dengan isu 'Cara muslimah mengenali bakal suaminya' ..

PENTING ni ! Bukan apa, sunnah Rasulullah pun menyuruh agar umatnya mendirikan rumahtangga :)
YANG PENTING , TENGOKLAA VIDEO NI ! TIDAK RUGI ! MAKIN BERTAMBAH ILMU LAGI :D

TENGOK , DENGAR DAN HAYATI BETUL-BETUL YAA ^_^ InsyaAllah , semoga Allah turunkan
hidayah dan rahmatNya kepada kita semua .. Ameen ~ :)

ALLAH IS THE NUMBER ONE ! Buang yang keruh , ambil yang jernih .. Semoga anda mendapat
ilmu yang bermanfaat , InsyaAllah .. :)

That's all :D   > TENGOK YAA VIDEO NI ! :D Haa~


Tuesday, May 8, 2012

SIGN UP to this !

In the name of Allah , ASSALAMUALAIKUM :)

Heyya people ! Hee~ . While I was trapped with the internet , I abruptly have clicked on this link [http://www.youbeauty.com/ and I found that this website has provides lots of crucial info based on scientific research ! 

So , I emphasise you to visit this link . There are many interesting quizzes you'll get there ! Trust me :)

That's all .


Thank you for reading :D



Monday, May 7, 2012

HEY YOU ! Have you ever think like this ?

Bismillahirrahmanirrahim ~ 


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH WAMAGHFIRATU WA RIDHWAN 

:) Hmm .. Tgk title post ne , apa yg anda fikir ? hehe .. Ana baru sahaja terfikir pasal benda ni semalam dan ada juga pasang niat untuk post dalam blog ni .. Tapi , memandangkan minggu ni ana menempuhi Peperiksaan Pertengahan Tahun , ana tangguhkan dulu niat ana ni .. Want to know what I meant by the title ABOVE ? ok laa ..

 Ini Muqaddimah la dulu yaa ~

 Memang tidak dapat disangkal lagi kan , dalam dunia ni , mestilah setiap orang memiliki insan yang mereka SANGAT SAYANG .. Tidak kiralah ibu bapa , anak-anak , kawan-kawan ataupun kekasih(suami isteri).. Jadi , kalau kita dah sayang dengan seseorang , memang amat logik jika kita berjauhan atau lama tak jumpa orang tersebut , kita akan rasa RINDU yang teramat kepadanya .. Kan ? Kalau tidak pun , mesti kita tak sabar mahu jumpa orang tu dan luangkan masa dengannya .. 

 What I focused for here is ,

 Bagi pendapat saya , cuba kita andaikan bahawa orang yang kita sayang tu adalah KITA .. Maksud saya , HAMBA Allah .. Sampai ke mesej ? Haha :D .. Lebih spesifik lagi , apa yang ana maksudkan sini ialah sekiranya HAMBA Allah pun ada perasaan rindu terhadap insan yang dia sayang , apatah lagi PENCIPTA manusia itu sendiri [ALLAH :)] .. Kita sendiri maklum kan , Allah Maha Penyayang dan Dia mencipta manusia dengan tujuan agar manusia dapat mengabdikan diri kepadaNya .. Jangan sesekali kita lupa , perasaan dan emosi yang kita ada sekarang ni datang daripada Allah .. Jadi , layakkah kita untuk lalai daripada mengingati Allah ? Sebaiknya , luangkanlah masa yang banyak untuk beribadah kepada Allah .. Kita sendiri tahu bahawa Allah amat inginkan dan merindui doa daripada HAMBANYA ..  

BAHKAN ,

Rasulullah S.A.W yang Allah janjikan syurga pun lazim menunaikan QIAMULLAIL dan apabila isteri baginda bertanya kepada baginda , "Mengapa engkau selalu mendirikan solat malam walaupun engkau tahu Allah telah menjanjikan syurga kepadamu?" Rasulullah menjawab , "Allah telah memberikan banyak kurniaanNya kepadaku, jadi tidak salah jika aku menjadi hambaNya yang bersyukur." 

 So , what can I conclude here is , 

 Sebagai HAMBA Allah yang hina dan sering lalai menunaikan tanggungjawab kepada Allah ialah lebih molek lagi sekiranya kita peruntukkan banyak masa untuk meluangkan masa beribadah kepada Allah .. Lazimkan QIAMULLAIL dan solat taubat .. Tapi , kalau bangun tiap malam untuk menunaikan Qiamullail , menjadi makruh pula (ini ana tahu daripada seorang Ustaz di sekolah ana) .. 

Akhirulkalam , jadilah insan pengkaji dan banyak berfikir .. Pandai-pandailah kaitkan kehidupan dengan agama dan berpeganglah dengan al-Quran & Al-Sunnah .. InsyaAllah , kita tidak akan sesat ^_^ .. Ini sahaja yang ana ingin ungkapkan .. Segala yg baik datang daripada Allah , segala yg buruk datang daripada diri ana sendiri , walaupun hakikatnya , kedua-duanya datang daripada Allah .. Buang yg keruh , ambil yg jernih :) 

 WASSALAM :D MA'ASSALAMAH ! :)


Monday, April 16, 2012

Useful information ! :)

In the name of Allah , ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH :)

[ http://panduanpercuma.info/kesihatan/3198/diet-dan-cara-pemakanan-rasulullah/ ]

p/s :: I got this link on the internet and i think it's very important for us to know it . So , spend your time to read it .

Hee , InsyaAllah , when I work as a DIETITIAN one day , Ameen~ I'll dig LOTS of crucial info to share for the people around the globe especially about FOODS .


oh , about this link , as you can see , it's about ''solat sunat taubat'' . Just want to share for those who need information 'bout this :)

VERY useful link , though :D


That's all ! Thank you for reading ! ^_^ ~

Friday, December 16, 2011

-.- Haa~

Assalamualaikummm !!
Hahaha .. bersarang sda blog ne .. lama da ndk update .. huhu ..
Nataw sda cmna mw tlis2 ne .. hahaha .. over ..
Emmm , k laa .. I'm TYPELESS .. hua3 ..
InsyaAllah law da anything yg menarik , bakal diluahkn dlm blog yg tlh lama bersarang ne .. hehe .. Tataaa ! :)

Saturday, July 30, 2011

Kenapa kita perlu PEDULISME??

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??"

Ternyata yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang.

Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, "Ada perangkap tikus di rumah... di rumah sekarang ada perangkap tikus...."

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, "Ada perangkat tikus!" Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku."

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati... tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. "

Tikus lalu menemui Lembu. Ia mendapat jawapan sama. "Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus. "

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata "Elehh engkau ni... Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku."

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri.

Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Ekor ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke rumah sakit. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun masih demam.

Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia.
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa.
Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan...Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

MORAL: SUATU HARI... KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA... FIKIRKANLAH SEKALI LAGI.


Sunday, July 10, 2011

Broken heart ? ~

[Copied]

Setelah berbulan dan bertahun lamanya anda mempertahankan hubungan cinta anda bersama si dia akhirnya perpisahan muncul. Perpisahan yang saya maksudkan bukanlah sekadar mampu menitiskan air mata anda tetapi perpisahan kali ini sekaligus memusnahkan harapan dan jiwa anda. Ketika itu anda menangis dan terasa kosong. Mengharapkan keadaan kembali seperti sediakala adalah apa yang anda idamkan ketika itu. Malangnya, apa yang anda idamkan tidaklah seperti apa yang anda harapkan.

Di sini saya ingin kongsikan salah satu kata yang pernah disampaikankan malaikat jibrail kepada nabi junjungan muhammad saw yang lebih kurang berbunyi,

“Cinta dan sayangilah kekasihmu sepuas- puasnya tetapi INGAT kamu pasti akan berpisah dengannya”..

Pencinta sekalian, baris ayat diatas sudah cukup membuktikan bahawa perpisahan pasti tiba! cuma waktu dan ketika perpisahan tiba hanya tuhan yg tentukan. Kita sebagai insan hanya mampu berdoa dan berusaha.

Putus Cinta terjadi disebabkan pelbagai jenis keadaan. Antaranya:

1. Kecurangan
2. Cemburu
3. Tidak serasi
4. Jarak antara dua insan
5. Kematian

Walaubagaimanapun, saya yakin dan pasti banyak lagi jenis perpisahan yang tidak saya senaraikan. Namun begitu, hakikatnya perpisahan adalah sesuatu yang negatif dan mempunyai banyak elemen yang boleh mempengaruhi diri seseorang mahupun dari segi mental dan fizikal.


Oleh itu, wujudlah perkataan yang membawa maksud misteri dan indah iaitu “HIKMAH”. Setiap apa yang berlaku disekeliling kita yakin dan pastilah ada HIKMAH disebaliknya. Renungkan perpisahan anda sedalam- dalamnya walaupun memerlukan sehingga tahap menitiskan air mata nescaya anda akan menemui hikmah.

Kepada anda yang pernah ataupun sedang putus cinta usahlah bersedih. Tarik nafas anda dan usapkan air mata dipipi. Sentiasa yakin dan percaya bahawa cinta sebenarnya masih lagi boleh diselamatkan walaupun anda kehilangan pasangan anda. Hadapi dengan senyuman .

ALLAH sentiasa memberikan apa yang terbaik . :)